HOPE

Buat yang bersungguh akan mencuba,

Yang memegang tanggungjawab dengan amanah,

Dan yang akan memberi lebih usaha dari yang sepatutnya,

Harapan itu membebankan.

Mereka terperangkap dalam pandangan manusia.


Harapan manusia diletakkan sebagai matlamat untuk dicapai,

Tidak memenuhi harapan bermakna suatu kegagalan,

Yang diratap penuh hiba di sudut katil,

Dan menjadi kekecewaan yang bersarang dalam minda.


Berikan mereka antibiotik kehidupan yang bebas,

Meletakkan harapan dengan memberikan mereka ruang untuk membuat keputusan mengikut kemampuan,

Kerana mereka lumrahnya sudah sedia untuk memberikan lebih dan memberikan yang terbaik,

Harapan yang membebani hanya akan menghancurkan jiwa yang hebat itu.



Comments