LELAKI TAK LAYAK JADI SUAMI DAN BAPA
Lelaki tidak bertanggungjawab Meminta 50-50 dari isterinya Tidak sentiasa cuba menanggung segala keperluan isteri malah sentiasa mencuba membuat isterinya membayar sebahagian Meminta isteri datang membawa barangnya yang tertinggal atas nama taat, dan mengajak makan tengahari bersama, tetapi tidak langsung bertanya untuk membelanja makan tengahari isteri, membayar duit minyak atau menambah nilai duit tol yang kurang. Tidak prihatin akan perasaan isteri. Buat seperti tidak ada apa-apa dikala isteri menangis dan memerlukan penjelasan Mengherdik isteri Menunjukkan contoh yang tidak sopan Menjadikan isteri lagi teruk dari yang sebelumnya dan tiada perasaan bersalah Lelaki tidak layak jadi ayah Hanya mahu gelaran ayah Mahu bermain tapi tidak mahu menjaga Mahu menjadi ayah tapi tiada kesungguhan belajar ilmu keibubapaan Lebih mementingkan keseronokan diri dari keluarga Ya Allah, teruskan atau berhenti lebih baik?