PEMILIHAN PASANGAN
Jangan bangga dengan tempoh kenal yang kejap sehingga berkahwin.
Kerana sepanjang hidup itu lama.
Tanyakan sama ada dia sedang bertaaruf / ada hubungan dengan orang lain tika kita bertaaruf.
Tanyakan sama ada dia bersedia meninggalkan hubungan masa silamnya.
Tanyakan jika dia sudah bertaubat jika ada dosa silam.
Tanyakan hubungannya dengan Tuhan.
Tanyakan ikhtilatnya dengan berlainan jantina.
Tanyakan perancangannya dalam perkahwinan.
Tanya rakan-rakannya tentang dia.
Perhatikan sikapnya sebelum berkahwin.
Adakah masih menjaga batas?
Adakah masih menjaga ikhtilat?
Adakah masih setia?
Adakah mampu halang dirinya sendiri dari mengucapkan perkataan yang tidak sepatutnya?
Adakah mampu halang dirinya sendiri dari membuat permintaan yang tidak sepatutnya?
Memilihlah sebelum menyesal.
Comments
Post a Comment