Dalam tak sedar, senyuman dan tawa mereka adalah kebahagiaan setiap anak. Nasihat dan bebelan mereka adalah berlian yang berharga. Keinginan dan permintaan meminta tolong mereka adalah kebanggaan setiap anak untuk dipenuhi. Sokongan dan pujian mereka adalah yang paling dinanti dan dicari. Pelukan mereka adalah tempat yang paling selamat dan selesa. Musibah kepada anak, apabila ibu bapa takut meminta tolong anaknya, berkira untuk menyusahkan anaknya, tidak lagi menyebut nama anaknya dalam kehidupan sehari-hari kerana jauhnya hati sang anak dari ibu bapanya. Pengorbanan mereka begitu besar, bermula dari sekecil-kecil perkara. Mereka sanggup berhenti tepi jalan menunggu anaknya menyelesaikan tugasan sebelum bergerak menyambung perjalanan. Tidak kisah pulang sedikit lewat asalkan sang anak dapat bersama dalam perjalanan. Namun sang anak belum tentu sanggup berkorban sedikit uang dan masa untuk bersama ibu bapa tika sang anak mempunyai urusan yang lain....
Comments
Post a Comment