MY APOLOGY

 17 Mac 23- Jumaat

Hari ini aku akan melakukan satu perjalanan jauh. Alhamdulillah hari ini juga adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. 

Hari ini juga aku seperti diberikan satu hembusan nafas baru. Untuk menggerakkan hal yang sama sudah bertahun, tapi dengan semangat yang baru, kerana ada jiwa-,jiwa yang ikhlas dan jujur membantu. 

Sepertinya semua yang bahagia? Tak juga. 

Hari ini juga aku dikhabarkan akan ditinggalkan lama, atau mungkin dibebaskan terus? 

Keadaan hati ini sekarang bahagia bercampur perit dengan linangan air mata yang dari tadi ditahan tapi setelah semua ahli keluarga tidur, akhirnya air mata yang ditahan tertumpah jua. Rasa seperti dihiris jiwa ini. 

Namun hidup ini terlalu singkat untuk aku meratap kesedihan atau hidup dalam keselesaan. Moga jiwa ini cepat sembuh dan terus fokus untuk memberi sumbangan terakhir ini. Terima kasih yang sudi membantu.

Maafkan aku atas kealpaan ku,

Maafkan aku atas keterlebih batasan ku,

Maafkan aku atas jiwa-jiwa yang pernah aku lukai,

Maafkan aku atas segala kekurangan ku sebagai anak, kakak, adik, kawan dan kenalan. 

Tiada apa, hanya tiba-tiba tersedar yang hidup ini tak lama. Moga pengakhiranku dipenuhi dengan bakti dan tenang. 


Comments

Popular posts from this blog

PEMILIHAN PASANGAN

UJIAN

IBU BAPA: HARTA YANG TAK TERNILAI