IBU BAPA: HARTA YANG TAK TERNILAI
Dalam tak sedar, senyuman dan tawa mereka adalah kebahagiaan setiap anak.
Nasihat dan bebelan mereka adalah berlian yang berharga.
Keinginan dan permintaan meminta tolong mereka adalah kebanggaan setiap anak untuk dipenuhi.
Sokongan dan pujian mereka adalah yang paling dinanti dan dicari.
Pelukan mereka adalah tempat yang paling selamat dan selesa.
Musibah kepada anak,
apabila ibu bapa takut meminta tolong anaknya,
berkira untuk menyusahkan anaknya,
tidak lagi menyebut nama anaknya dalam kehidupan sehari-hari kerana jauhnya hati sang anak dari ibu bapanya.
Pengorbanan mereka begitu besar, bermula dari sekecil-kecil perkara.
Mereka sanggup berhenti tepi jalan menunggu anaknya menyelesaikan tugasan sebelum bergerak menyambung perjalanan. Tidak kisah pulang sedikit lewat asalkan sang anak dapat bersama dalam perjalanan.
Namun sang anak belum tentu sanggup berkorban sedikit uang dan masa untuk bersama ibu bapa tika sang anak mempunyai urusan yang lain.
Mereka sanggup menempuh perjalanan berjam lamanya dalam kepenatan dan berkorban uang untuk menjemput sang anak.
Namun sang anak belum tentu sanggup berkorban uang dan berpenat lelah sedikit untuk memindahkan kerehatan kepada ibu bapanya yang akan menjemputnya.
Mereka sanggup melakukan berbagai tugasan untuk memberi keselesaan kepada sang anak.
Namun sang anak belum tentu mahu membantu meringankan sedikit pun bebanan mereka.
Saat si anak melalui perjalanan hidup dicintai, dipatahkan dan ditinggalkan,
Hati ibu bapanya tidak pernah berubah dari mencintainya, menerimanya dan melindunginya.
Mereka lah harta yang paling bernilai dan akan dirindui oleh si anak.
Mereka lah sosok yang selayaknya disayangi penuh kasih dan tempat dilimpahkan segala pengorbanan dan usaha.
Sempatlah syukur sebelum ditarik nikmat.
Ibu, ayah, Dilah sayang ibu ayah sangat-sangat.
Ya Allah, berkatilah ibu bapaku dan panjangkanlah umur mereka untuk aku taati dan berbakti kepada mereka.
Comments
Post a Comment