FAILURE

Keluarga dan rakan sering menjadi "rumah" kepada kebanyakan orang. Mereka lah tempat yang biasa ditumpahkan segala kegembiraan dan kekecewaan. Mereka lah ubat apabila kita sakit. Mereka lah penghibur di kala kita sedih. Mereka lah pemberi semangat ketika mana kita sedang berada di fasa kejatuhan dalam hidup. Hebatnya Allah menciptakan manusia ini bermasyarakat. Kita tak hidup sendiri. Bahkan kepada mereka lah tempat untuk kita saling menguatkan. Peluang itu Allah sudah hamparkan. Tinggal kita untuk menggunakan peluang ini sebaiknya.


Namun lain pula cerita aku. Jujur, aku rasa sendiri. Tiada keselesaan untuk dicurahkan sepenuhnya kepada manusia lain hatta keluarga dan kawan. Aku iri melihat mereka yang dapat menjadikan keluarga sebagai tempat meluah dan tempat untuk mendapat kekuatan. Aku cemburu dengan mereka yang mempunyai keakraban sesama kawan sehingga sanggup susah senang bersama. Aku pula penggagal. 


Ada yang baik. Mereka telah berikan aku perhatian, aku gagal untuk menghargai. Mereka telah berikan aku bantuan, aku gagal membalas. Mereka cuba mendekat, aku lari. Ibaratnya mereka hanyalah rumah singgah pada aku. Yang melayani aku baik juga aku perlakukan begini, usah dibahas dengan mereka yang sebaliknya. Apa yang salah padaku, aku juga tak tahu. Hati mahu tapi diri tidak mampu menerima. Aku sukar untuk membina hubungan dengan orang secara rapat untuk jangka masa yang panjang. Aku cepat bosan dengan orang yang sama sepanjang hari. Aku alergik dengan orang yang mahu bersama ku 24 jam. Aku lari. Sejak itu, aku kehilangan mereka. 


Tika ini, air mata mengalir perlahan. Hati rasa sedang meremuk. 

Aku ingin rasa bagaimana rasanya menyayangi dan disayangi sepenuh hati. 



Comments

Popular posts from this blog

PEMILIHAN PASANGAN

UJIAN

IBU BAPA: HARTA YANG TAK TERNILAI