Posts

FAILURE

Keluarga dan rakan sering menjadi "rumah" kepada kebanyakan orang. Mereka lah tempat yang biasa ditumpahkan segala kegembiraan dan kekecewaan. Mereka lah ubat apabila kita sakit. Mereka lah penghibur di kala kita sedih. Mereka lah pemberi semangat ketika mana kita sedang berada di fasa kejatuhan dalam hidup. Hebatnya Allah menciptakan manusia ini bermasyarakat. Kita tak hidup sendiri. Bahkan kepada mereka lah tempat untuk kita saling menguatkan. Peluang itu Allah sudah hamparkan. Tinggal kita untuk menggunakan peluang ini sebaiknya. Namun lain pula cerita aku. Jujur, aku rasa sendiri. Tiada keselesaan untuk dicurahkan sepenuhnya kepada manusia lain hatta keluarga dan kawan. Aku iri melihat mereka yang dapat menjadikan keluarga sebagai tempat meluah dan tempat untuk mendapat kekuatan. Aku cemburu dengan mereka yang mempunyai keakraban sesama kawan sehingga sanggup susah senang bersama. Aku pula penggagal.  Ada yang baik. Mereka telah berikan aku perhatian, aku gagal untuk meng...

INSAF

 21/11/22 (Isnin), genap 2 hari selepas kami menjalani pilihanraya umum (PRU) untuk kali pertama, aku menerima berita sedih apabila untuk kali keduanya, aku kehilangan adik beradik jemaah. Walaupun aku tak rapat dengan arwah di pandangan orang awam, tapi dengan pernah bertamrin, berprogram, melaksanakan program dan bermeeting dengannya, cukup membuatkan aku rasa kehilangan yang besar. Seorang pemimpin yang sangat bagus kepada ahlinya, pendebat yang lantang berkata-kata, pemikir yang baik, penggerak yang tak kenal erti lelah, anak yang soleh kepada keluarganya dan hamba yang dekat kepada tuhannya. Jauh sekali aku untuk menjadi sepertinya.  Rakan-rakannya yang lain banyak kongsikan kebaikan arwah. Tidak kurang juga keluarganya yang ulang-ulang mengatakan arwah adalah anak yang soleh dan sangat baik akhlaknya. Sungguh memang sangat jauh dari aku. Dari kematiannya, terserlah segala kebaikannya melalui ramainya orang yang datang menemaninya pulang menghadap Allah. Terlalu ramai! Be...

NEW BEGIN

 Entry ini telah lama aku cipta, namun tujuan sebelum ini adalah untuk akademik. Setelah tujuan akademik itu selesai, aku tidak ada perancangan untuk menulis blog. Namun aku melihat seorang sahabat ku yang telah pergi, telah pun manfaatkan entry beliau semasa hidupnya dan entry tersebut memberi manfaat kepada pembaca yang lain. Sejak itu, aku berazam untuk memulakan entry ini, agar aku melihatnya kembali di masa depan, dan agar orang lain mengenali diri ku setelah aku pergi. Semoga yang baik-baik saja aku dapat tinggalkan kepada pembaca.